|
|
 |
 |
Thursday, April 23, 2009
Salam Ternak dari Laman Agro Falah
Kami maju setapak lagi dengan menyediakan stok kambing untuk tujuan aqiqah, qurban dan juga sembelihan. tawaran istimewa bagi yang berminat. hubungi saya di talian 012-7971083.
dapatkan kambing feral berat >40kg/ekor hanya pada harga RM590.
belian 3 ekor pada harga RM540/ekor
belian 5 ekor pada harga RM520/ekor
LEMBU untuk qurban boleh ditempah sekarang hanya pada harga RM2500++
Lawati kandang kami di Pt.Laman Bukit, Sri Medan, 83400, Batu Pahat, Johor

Posted at Thursday, April 23, 2009 by razifmjumain
Permalink
Thursday, February 14, 2008
PEMAKANAN DAN PENTERNAKAN KAMBING
Ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan aku untuk menggembala kambing. mereka kata apa kaitan antara Bac.Sc. Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan penternakan kambing? Ya! bagi aku kedua-duanya mempunyai kaitan yang tersangat rapat! sejak sekolah rendah kita telah diajar kambing=goat dan biri-biri=sheep. tapi kenapa mentaliti masyarakat Melayu tidak dapat membezakan antara kambing dan biri-biri? bagi mereka kedua-duanya sama. tetapi kenyataan dalam bidang pemakanan adalah berbeza sekali! apa bezanya? di pasaraya biasa kita lihat di bahagian daging dan kita dapati terdapat 'mutton' dan 'lamb'. "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua manakala 'lamb' adalah daging biri-biri berumur kurang setahun. (http://en.wikipedia.org/wiki/Lamb_(food).
Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto". Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti. Di Malaysia,permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.
Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.
Jawapan: kini sudah ramai pengusaha ternakan kambing dan boleh berhubung dengan mereka untuk mendapatkan daging kambing
Kedua, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.
Jawapan:
Peranan Lemak dalam Pemakanan
Lemak sangat diperlukan untuk kesihatan yang baik. Lemak membantu dalam pengeluaran tenaga, pembinaan sel, pengangkutan oksigen, pembekuan darah, dan penghasilan bahan ala-hormon yang sangat aktif yang dipanggil prostaglandin.
Lemak boleh jadi tepu, politaktepu atau monotaktepu. Badan kita boleh mengeluarkan kedua-dua lemak monotaktepu dan lemak tepu. Lemak politaktepu, atau asid lemak yang penting, tidak boleh dibuat di dalam badan dan mesti diambil dari diet kita.
Fungsi Utama
- Lemak kebanyakannya disimpan dalam sel adipos (lemak) badan tetapi ia juga didapati di dalam plasma darah dan sel-sel badan yang lain.
- Lemak menebat badan anda, mengkusyenkan organ penting dan boleh ditukar kepada tenaga.
- Lemak digunakan untuk membina sel baru dan ia kritikal dalam pembentukan otak yang normal dan fungsi saraf.
- Lemak juga diperlukan untuk membawa dan menyerap vitamin yang larut lemak, seperti vitamin A, D, E dan K dan karotenoid.
Walaubagaimanapun, pengambilan lemak lebih 20-35% daripada jumlah kalori mengundang kepada masalah penyakit kronik.
KOLESTEROL
Konsep kolesterol baik dan jahat ini timbul dari cara HDL (baik) membuang LDL (jahat) dari tisu dan menghantarnya semula ke hati (liver). Di hati, ia akan dikumuhkan dan dibuang. Dengan cara ini, HDL berupaya membuang radikal bebas yang boleh menghalang pengeluaran nitrik oksida. Kajian mendapati daging kambing mengandungi kolesterol baik (HDL) yang tinggi, dengan itu kolesterol baik ini akan menguraikan kolesterol jahat (LDL) yang terkumpul dalam badan lalu mengurangkan masalah tinggi kolesterol yang menjadi punca penyakit kardiovaskular.
Mengapa pening jika makan daging kambing? kerana proses penguraian kolesterol tubuh oleh kolesterol baik (HDL) menyababkan fisiologi badan terganggu seketika terutama bagi orang yang menghidapi masalah tinggi kolesterol. Proses ini dinamakan 'healing crisis' atau krisis penyembuhan.
Disini disertakan kajian berkenaan daging kambing:
|
Daging kambing mengandungi lemak tepu (saturated fat) yang rendah dan kolesterol yang rendah berbanding daging merah yang lain.
Carta ini diubahsuai dari "The Wild Diet" Outdoor Life, 8/02, by Kathy Etling.
|
Good Fat, Bad Fat |
|
Species |
%Saturated (Lemak tidak baik) |
%Fatty Acids Monounsaturated (Lemak baik) |
%Polyunsaturated (Lemak baik) |
|
Elk |
48.4 |
26.6 |
24.9 |
|
Mule Deer |
48.0 |
31.8 |
20.2 |
|
Caribou |
46.6 |
36.4 |
17.0 |
|
Whitetail Deer |
45.6 |
30.6 |
23.9 |
|
Beef |
46.3 |
45.5 |
8.2 |
|
Buffalo |
43.2 |
45.0 |
11.8 |
|
Antelope |
41.2 |
27.1 |
31.6 |
|
Rabbit |
39.0 |
35.6 |
25.4 |
|
Goat |
36.9 |
54.0 |
9.1 |
|
Moose |
36.6 |
24.3 |
39.1 |
|
Boar |
35.7 |
47. |
17.3 |
|
Squirrel |
15.2 |
47.2 |
37.6 |
|
Some game meat is high in dietary cholesterol than domestic meats, but the combination of more lean body tissue, generally fewer calories, less saturated fat and significantly higher percentage of cholesterol-reducing polyunsaturated fatty acids makes goat a heart-healthy choice. Source: North Dakota Sate University and U.S. Department of Agriculture |
JADUAL PERBANDINGAN NILAI PEMAKANAN DAGING KAMBING OLEH UNITED STATES DEPARTMENT OF AGRICULTURE
|
Per 3 oz. Cooked |
|
TRAIT |
GOAT* |
CHICKEN** |
BEEF*** |
PORK**** |
LAMB***** |
|
Calories |
122 |
162 |
179 |
180 |
175 |
|
Fat (g) |
2.6 |
6.3 |
7.9 |
8.2 |
8.1 |
|
Sat Fat (g) |
0.79 |
1.7 |
3 |
2.9 |
2.9 |
|
Protein (g) |
23 |
25 |
25 |
25 |
24 |
|
Cholesterol (mg) |
63.8 |
76 |
73.1 |
73.1 |
78.2 |
Data from: USDA Nutrient Database for Standard Reference Release 14 (July 2001)
Soalan telah terjawab mengapa kita perlu mengamalkan memakan daging kambing. Walaupun harganya agak mahal, tetapi nilai untuk kesihatan adalah tinggi.
- Masyarakat Timur Tengah mengamalkan memakan daging kambing muda sebagai sumber protein
-Persatuan Jantung Amerika menyarankan supaya memakan daging kambing sebagai langkah mencegah penyakit kardiovaskular.
Bukan Sekadar Berniaga
Mohd Razif Muhamad Jamain
Nutritionist
Bac.Sc (Nutrition and Community Health), UPM
Laman Agro Falah
tonnobath@yahoo.com
razif@smartnaco.com
mohdrazif.agent@agent.etiqa.com.my
|
Posted at Thursday, February 14, 2008 by razifmjumain
Permalink
Tuesday, February 12, 2008
Mari Masuk Kandang!!
Pintu untuk aku menjadi penternak telah terbuka dengan langkah yang pertama. dengan pengalaman yang sendiri ingat-ingat lupa (last bela 15 tahun dulu, tu pun mak aku yang bela dan aku hanya menyibuk je) aku memberanikan diri menceburi bidang penternakan kambing. Aku memulakan dengan membeli 2 ekor ibu kambing katjang, 1 ekor betina dara (tapi dah bunting), 2 ekor anak jantan dan seekor Bandot Boer Cross. Aku membeli semua kategori ni adalah untuk membuat kajian tentang tabiat dan gerak kerja menternak.
Alhamdulillah selepas 2 bulan, semua kambing tu tiada masalah kerana segala guard line yang aku bg kat adik ipar (dia yang jaga) dia patuhi. (nampaknya kira betul la guard line yang aku dapat dari rakan-rakan penternak).

Bapak kambing Boer Cross yang aku beli dari penternak kat kampung aku.

Kelahiran pertama (6/12/07) seekor anak betina seberat 2kg oleh si ibu dara. kira pandai gak dia beranak dan jaga anak..Alhamdulillah. nama anak tu EL sebab aku terpaksa amik Emergency Leave nak tgk dia. hehe..

La.. ingat sekor je bunting, rupanya ada lagi yang beranak (8/12/2007). memang aku bersyukur sebab dapat anak kembar sepasang. berat lahir 1.8kg sekor.

dan.. akhirnya lahir seekor lagi anak (9/12/2007) kul 12.30 pagi. kali ni jantan berat 2 kg. nama dia Hiro sebab lahir sendiri, tengok2 dah menyusu. huhu..

Inilah dia hasil kelahiran generasi pertama kandang kambing aku di kampung Awat, Segamat. Umur 2 minggu. semuanya nakal2 yang teramat sangat tapi memang comel dan setiap yang memandang pasti jiwa rasa tenang


Inilah padang ragut yang disediakan untuk kambing2 ni.
Projek seterusnya aku nak buat kat Batu Pahat. kali ni nak buat skala yang agak besar. aku akan jadi usahawan pengeluar daging kambing segar pada masa terdekat ni.
Ok..ini saja buat kali ini. jumpa lagi akan datang..
kambingboer@yahoogroups.com
mohdrazif_mj@yahoo.com
tonnobath@yahoo.com
http://kambing-boer-malaysia.blogspot.com
http://www.boervilla.blogspot.com
http://www.fanagri.blogspot.com
Posted at Tuesday, February 12, 2008 by razifmjumain
Permalink
Wednesday, March 21, 2007
PERMULAAN BAGI KESIHATAN OPTIMUM
 |
 |
- (Natural Colostrum Skim Milk) |
 |
|
What is colostrum? |
| |
|
Colostrum is a pre-milk fluid secreted by mammalian mothers after giving birth during the first 24-36 hours of lactation. |
|
Colostrum supplies immune factor and growth factor for whole life. |
|
Since human colostrum is rare, we need to shift to other alternative like cow colostrum. |
|
In fact, cow colostrum is safe and contains 4 times immune factor compared to human colostrum. | |
- A type of low-lactose milk powder contains natural cow colostrum.
- A quality product from New Zealand that |
|
100% natural |
|
Free hormones/drugs/antibiotics/preservatives and chemicals |
|
Contains Immunoglobulin (Ig) |
|
Provide balance nutrition | |
| |
| "Naco IgG-Plus acts as a natural antibody supplier and it is the best sources for a healthy life" |
Dissolve a sachet of Nace IgG-Plus into warm water (below 50'C) and mix well. Do not use hot water. |
http://www.smartnaco.com/
www.bizsst.com
www.smartsuccessteam.com
www.smart-naco.com
mohdrazif_mj@yahoo.com
razif@smartnaco.com
Posted at Wednesday, March 21, 2007 by razifmjumain
Permalink
Wednesday, July 06, 2005
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI OBESITI
INFO OBESITI
Kira-kira 3.3 juta penduduk Malaysia pelbagai golongan, termasuk remaja mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Kerajaan menganggarkan 4.4 juta rakyat berusia lebih 18 tahun di negara ini akan mengalami obesiti menjelang 2020.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara global, lebih satu bilion orang dewasa mengalami masalah berlebihan berat badan dengan sekurang-kurangnya 300 juta daripadanya adalah obesiti.
Mengikut kajian, selain faktor keturunan, perubahan gaya hidup serta corak pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat banyak menyumbang kepada masalah ini. Pembangunan sosio ekonomi seperti dialami banyak negara, termasuk Malaysia, mencetus apa yang dikatakan persekitaran ‘obesogenik’ (promosi-kegemukan), yang disebabkan perubahan terhadap cara hidup masa kini. Memang makanan di negara ini sedap dan menyelerakan, tetapi bersederhanalah. Perlu tahu bila perlu berhenti makan, malah tahu apa yang dimakan. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak serta minyak dan pada masa sama, melakukan banyak senaman (sumber:http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/zoom1/20050702123248/Article/)
FAKTOR OBESITI
GENETIK
Kegemukan boleh diwarisi dari generasi yang sebelumnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat pasangan ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki
anak-anak yang gemuk.
KEROSAKAN PADA SATU BAHAGIAN OTAK
Seseorang itu tidak dapat mengawal nafsu makannya apabila sel hipotalamus ventromedial (HVM) dalam otaknya rosak. HVM ini berfungsi untuk memberi isyarat kenyang kepada otak.
POLA MAKAN BERLEBIHAN
Mereka yang gemuk lebih responsif terhadap isyarat lapar eksternal (rasa dan bau makanan). Oleh itu, mereka akan makan apabila berasa ingin makan, bukan hanya apabila lapar.
KURANG BERSUKAN
Aktiviti bersukan dapat membakar kalori. Mereka yang tidak mengawal pemakanan dan kurang bersenam cenderung mengalami kegemukan.
PENGARUH EMOSI
Ada pandangan menyatakan, obesiti boleh berpunca daripada masalah emosi yang tidak dapat diatasi. Makan dianggap sebagai pengganti kepuasan yang
tidak dapat dicapai dalam kehidupan mereka.
PERSEKITARAN
Jika seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang menganggap gemuk itu elok dan cantik, mereka akn cenderung menjadi gemuk.
OBESITI DAPAT DIKAWAL DENGAN MENGAWAL FAKTOR-FAKTOR YANG SELAIN DARIPADA GENETIK
KEPADA ANDA YANG MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN OBESITI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN SAYA
Question
Posted at Wednesday, July 06, 2005 by razifmjumain
Permalink
Bac. Sc (Nutrition and Community Health), UPM
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN UPM 2002/2005

Nutritionist keluaran UPM yang bakal menembusi pasaran Malaysia dan seluruh dunia.
ni gambar kat depan fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.. masa ni pakai baju biase je.. pasni kitorang akan bergambar pakai baju konvo plak.
Posted at Wednesday, July 06, 2005 by razifmjumain
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|